Monday 30 January 2012

WASHINGTON 25 Jan. - Radiasi solar daripada ribut matahari paling kencang dalam tempoh hampir sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi semalam, memaksa sebuah syarikat penerbangan mengubah laluan pesawatnya.
Fenomena alam itu juga mendorong pemerhati cakerawala menjejaki pertunjukan cahaya yang menakjubkan di langit.
Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Delta Air Lines berkata, pihaknya telah mengubah laluan penerbangan merentas kutub di antara Asia dan AS bagi mengelakkan masalah berpunca daripada radiasi solar itu.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesahkan, radiasi yang disebut sebagai coronal mass ejection (CME) itu mula bertembung dengan medan magnet Bumi pada sekitar 10 pagi semalam (11 malam tadi waktu Malaysia).
Menurut NASA, ribut itu kini dianggap sebagai yang terbesar sejak Oktober 2003.
Ribut radiasi solar tidak memudaratkan manusia di Bumi tetapi boleh menjejaskan operasi satelit dan radio gelombang pendek.
Radiasi solar itu dijangka berterusan menghujani atmosfera Bumi sehingga hari ini, dan potensinya untuk mengganggu komunikasi satelit di kawasan kutub menjadi punca perubahan haluan penerbangan, kata pegawai syarikat penerbangan.
Delta yang merupakan syarikat penerbangan kedua terbesar di dunia mengubah haluan sebilangan kecil penerbangannya kerana ribut solar itu berpotensi memberi kesan terhadap peralatan komunikasi, kata jurucakap, Anthony Black.
Penerbangan dari Hong Kong, Shanghai dan Seoul mengambil laluan yang lebih menghala ke selatan selepas ribut solar itu mula meletus pada Ahad lalu.
Disebabkan kekuatan luar biasa radiasi yang menghujani Bumi, pertunjukan aurora borealis atau 'Cahaya Utara' yang menakjubkan, selalunya dilihat hampir dengan Kutub Utara pada waktu ini, boleh dilihat lebih jauh ke selatan di Scotland dan utara England serta latitud lebih rendah di AS. - AFP

.............. azlin samsudin

PENGENALAN

GEOGRAFI merupakan satu cabang sains yang menerangkan dan mengkelaskan ciri-ciri fizikal dan budaya bumi termasuklah fenomena-fenomena semula jadi dan ciptaan manusia di muka bumi. Geografi juga meliputi kajian tentang ciri-ciri fizikal bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan, tanah-tanih, hasil-hasil keluaran, penduduk, kegiatan manusia, ciri-ciri kebudayaan serta taburan masing-masing.
Sila rujuk :
Ensiklopedia Wikipedia,
Wikipedia Encylopedia, Portal Geografi


.............. azlin samsudin